Tag Archives: berita

Masjid negara: lelaki tampar imam ketika sedang solat Jumaat

image

Marah ada, kesian pun ada. Tapi sebenarnya memang menggemparkan dan memeranjatkan banyak pihak. Apatah lagi kejadian berlaku jetika waktu puncak, iaitu solat Jumaat.

Kuala Lumpur: Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebeleum pasukan keselamatan tampil mengheretvlelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud ‘Malaysia syaitan’.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...